Sepi benar senja ini

Bayunya semilir menganak ombak kecil

jalur ufuk pula mengemas terang

Kapal dan layar terkapar


Mengapa nantikan senja

Barukan terdetik pulang ke pangkal jalan

Gusar malam menghampiri

Ku tewas di lautan


Tuhan...

Layarkan ku ke arah cintaMu

Tuntuniku menggapai redhaMU

Rimbunan kasihMu ku berteduh

KepadaMu ya TUhan


Berikan secebis keinsafan

Bekalan sepanjang perjalanan

Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangis ku kala dinihari

Kesempatan yang hanya sebentar

Moga keikhlasan ku terlakar


Berikan lah ku hidayah

Agar dikuatkan iman yang lemah

Moga diberkati hidup ini

Menuju bahagia yang kekal abadi


Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku belayar......






Ni adalah 1 lagi lagu nasyid yg aku suka sgt dengar...Layar Keinsafan dr Kumpulan Mestica...


Lagu yang mampu memberi keinsafan kpd aku klu mendengarnya..


Tidak dinafikan kita sebagai hambaNya yg lemah sentiasa tidak terlepas dari melakukan dosa..sama ada yg kita sedari atau tidak...apa yang penting, setelah kita sedar dr kesilapan (dosa) yg kita buat tu..cepat2 la kita mintak ampun pd Allah..Sesungguhnya Dia Maha Pemurah,Maha Pengampun dan Maha Pengasihani...


Hari ni aku baca artikel 'Bila Pencipta mencintai Manusia'..Artikel ni mmg best..nanti aku cite la..


Berbalik kpd cerita artikel di atas...aku nk buat ulasan sikitla tentang apa yg aku paham...syahdu rasa bila baca artikel ni..sbb kdg2 kita x sedar betapa Allah sentiasa memberi peluang dan menunggu hambaNya yang berdosa utk kembali kepadaNya..

Rasulullah saw bersabda: Tuhan kita turun ke langit dunia pd waktu malam tatkala tiba satu pertiga malam yg akhirnya berfirman ' Siapa yg berdoa kpdKu nescaya Aku terima, Siapa yg meminta kpdKu nescaya Aku beri dan siapa yg meminta ampun nescaya Aku ampuni' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..

betapa Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya utk kembali kpdNya.menangguhkan seksa dan sentiasa menunggu bila hambaNya itu mahu membersihkan diri..sesungguhnya Allah Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Pengampun...


Dalam artikel ni ada 3 tanda bagaimana Allah mencintai manusia

1) Apabila seseorg itu berminat pd ibadat-x was2 sama ada ibadat die diterima or x..die sentiasa nk buat ibadah

2) Apabila maksiat membuatkan manusia bangkit mendekati Allah...kadangkala dosa itu mendatangkan manfaat kerana apabila timbul rasa insaf manusia itu akan bertaubat dan hidayah yang diterima itu akan dipegang sekuat2 nya...Sungguh hidayah itu milik Allah..amat mahal dan x ternilai harganya..maka sgt bertuah sesiapa yg dipilih Allah utk memiliki hidayah tersebut...huhu

Firman Allah bermaksud " Katakanlah Wahai hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya.. sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan kembalilah kpd Tuhanmu dan berserah diri kepadaNya sblum datang azab kpdmu, kemudian kamu x dpt ditolong lagi" (Surah Al-Zumar ayat 53-54)

3) Apabila dilapangkan hati dan dada menerima ilmu yg m'jd petunjuk ke jalan yg benar..

baginda Rasulullah saw bersabda " Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatkannya faham mengenai agama: (Hadis riwayat AlBukhari dan Muslim)

Ya Allah semoga diriku sentiasa tergolong dalam golongan hambaMu yg Engkau cintai..Mulai saat ini(2,3 menjak dh pun) aku berazam nak mencari cinta Allah..selama ni aku leka..lalai..sibuk dgn dunia..mencari cinta manusia yg selalu mengecewakan..Ya..aku yakin cinta Allah itu x akan mengecewakan..cukupla apa yg telah aku lalui selama ini...ku serahkan cintaku ini hanya padamu Ya Allah...kekalkan la perasaan ini hanya untukMu..Biarkan hatiku menjadi milikMu selama-lamanya...amin
SUTERA KASIH-INTEM
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulan dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan padaMu ada kedamaian
DiribaanMu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
CintaMu cinta tulus suci murni
KasihMu nan abadi
Bertautlah
Bercambahla cinta
Mengharum dalam jiwa
Meleraikan kerinduan syahdu
Pada yg Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Doa dan titis air mata
mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

0 comments:

Post a Comment