Syukur alhamdulillah beberapa hari ni hati gembira..suke je rasa.sesunggunya nikmat gembira tu jugak adalah ujian dariNya..adakah di kala kita gembira kita masih mengingatiNya dan bersyukur atas nikmat yg diberikan..Klu time susah confirm la kita mmg ingat kat Dia..mintak tolong kat Dia...so,harap waktu kita gembira pun kita sentiasa ingat kat Dia...syukur2...Hidup ni mmg umpama roda..kdgkala gembira..kdgkala berduka...tu semua aturan dariNya..



"Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)



Semalam baru balik dr Temerloh p kursus cikgu2 Bio kt Pusat Ltihan Guru Dalam Perkhidmatan Seri Tualang...P ngan Azilah..walaupun penat dan mengantuk sempat lg p kuantan membeli belah sikit..hehehe..Malam sempat lg tgk 2 cite 'hantu'..hehe..i like...kat kursus tu aku blaja sesuatu iaitu.."bila kita nk buat sesuatu,buat la dlm tempoh 24 jam slps niat dihasilkan,klu x mmg niat sekadar niat je la tanpa ada pelaksanaan.Petikan kata2 dr fadhilah kamsah".Pas abis kursus semangat pulak nk ngaja Bio...hehehe



Azizah...sila jauhkan diri anda dr perasaan yg x sepatutnya k...bergembira la..yg berlalu biarkan berlalu k..Redha dan trma kenyatan..doakan yg terbaik untuk mereka..dan sentiasa berikan kemaafan...Anda insan terpilih untuk melaluinya...

Alhamdulillah..hari ni sgt gembira...kerana
1. Dah setelkan data smm kat i-nilam..seminggu jugak aku try buat tu..mmg agak tertekan jugak la..tq la pd suhaimi yg byk bantu...akhirnya berjaya jugak..terasa terlepas 1 beban yg berat..hehehe..
2. Suka gak sbb dpt jumpa cikgu razak kat FB...cikgu aku time sekolah rendah dulu..teringat kat teacher sara(wife die)yg comel n best..boboy..teringat zaman2 dulu...
Walaupun hari ni agak penat sbb byk jerit (budak bt eksperiment)...tp im happy...syukur2...

K la...nk study sikit lg...esok nk buat class bio..

Tp sedit dalam dilema..nak p temerloh or x tuk seminar bio..sbb k.ziana x dpt p..x kan aku nk p sorang2..huhu


MALAM SEMAKIN DINGIN


Aku cuba untuk mendekati

Tapi engkau tiada peduli

Tulusnya niat di hati

Mungkin kau tersalah erti

Bukanlah ingin merantai dirimu

Ataupun mengikat janji

Masih ada banyak lagi

Harus kau pelajari


Aku ingin kemesraan

Serta senyum keramahan

Biar kekal berterusan

Tak hilang di tengah jalan

Kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati

Aku juga kedinginan kerana sikapmu itu

Walaupun setebal mana selimut membaluti

Aku masih kedinginan sepi tanpa berteman

Kedinginanmu kerana malam Yang masih lagi panjang

Kedinginanku jauh bandingan Dengan dirimu


Usah biar malam tak berteman

Usah biar siang kekosongan

Sudilah kau memahami Ketulusan hati ini

Andainya aku merajuk bawa hati

Dan kau pun membawa diri

Siapa harus disalahkan

Pasti kita berdua



SEJUTA MAAF


Entah mengapa

Rasa syg pada mu

Dengan kejujuranmu

Membuat ku merindu Oh kekasih

Tiada sepatutnyaKu nyatakan

Untuk mencurahkan perasaan

Walau aku telah punya teman Yang setia
Waktu sunyi kuMembicara

Membuai daku yang terlena

Hingga tak dpt ku monolakKehendaknya


Sejuta maaf oh kekasih

Sekiranya kau Menanggung segalanya

Daku hanya insan lemah

Yang hanya berserah resah Dan rasa gelisah

Kali ini ku melaluinya

Walau pun payah untuk mengerti

Atau mungkin menyinta keduanyaJika terpaksa

Perasaan yang membelenggu Membuatku seakan membisu

Gelisahku membilang waktuSepi tnpa mu

Entah mengapa rasa sayang padamu

Dengan kejujuranmuMembuatku merindu Oh kekasih


ENGKAU YANG KUCINTAI


sering kau tanyakan cintaku dimana

sering kau menuntut ucapan asmara

tak mungkin berdusta perasaan ini

dan kau tak mengerti dihati


yang sebenarnya engkau aku cinta

permata dalam rinduku hadiah untuk mu

saling memerlukan bila berjauhan

harap kau mengerti perasaan ini

kelu resah bukan sandaran

dan gelisah bukan hukuman

kerana kau yang ku idamkanbukannya mainan

seandainya kau mengetahui

hanya engkau yang ku cintai

itulah yang sebenar-benarnya


usahkau tanyakan cintaku dimana

cukup kau menuntut ucapan asmara

tak mungkin berdusta perasaan ini

dan kau tak mengerti dihati kecilku...


CARI KETENANGAN


bila bersendiri..

selalu dibayangi cerita yang lalu

pabila hatiku cari ketenangan

apa yang terjadi itu semua lumrah hidupdi dunia

kadang bergembira kadang tersiksa


mengapa masih begini

sukar untuk dilupakan

jiwa semakin terganggu dan tersiksa


haruskah aku bermain dengan perasaan yang terluka

adakah ku masih cinta atau pun hanya merindu

walauku tahu kita sudah tidak bersatu hati lagi

mungkin ini akibatnya cinta pertama buatku

bila bersendiri selalu dibyangi cerita yang lalu

pabila hatiku cari ketenangan

cari ketenangan

cari ketenangan

cari ketenangan



* Ni semua lagu dari arwah achik spin...ermmm...saje je...Biar aku je la yang tahu...just nk (nk kata luahan perasaan x jugak)...ermmm..campuran..sbb dulu mmg minat gak ngan spin ni..cam x cye je achik dh meninggal..kuasa Allahkan..segalanya Dia yg tentukan..Pelaksanaan

Dia lebih hebat drp perancangan kita sbg hambaNya..Moga arwah ditempatkan bersama golongan org mukmin yg dikasihi..Bila pulak time aku..bersediakah????huhuhu..Mati itu pasti....


Ermmm...hari2 yg sedih makin melanda hidup..ntah di mana silapnya aku pun x tau..

Walaupun ramai yg kata aku bertuah sbb dpt__________..tp aku yg mengalami..aku tahu akibatnya serta pahit yg bakal dan telah pun aku rasa..Bertuahkah aku sebenarnya???masih menanti apakah hikmahnya semua ini berlaku...dan aku sebenarnya tahu aku lah insan yg terpilih olehNya utuk melalui semua ni..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)..

Sebab Allah tau aku mampu sebb tu Dia bg aku ujian ni..tp aku hanya insan yg lemah..kdg kala berjaya..kdg kala tewas juga dgn keadaan...rasa x mampu nk hadapi...


Raya ke 3 pencetus keadaan..Raya ke 4 aku pergi membawa diri sebentar..nk cari ketenangan la..jauh jugak la..walau pun seorg..memberanikan diri je la...Apa yg berlaku di raya ke3 walaupun awalnya bermula dgn kegembiraan tp penghujung harinya berakhir dengan air mata...x mampu ku tahan...begitu sakit rasanya dipersalahkan walaupun hakikatnya aku tidak bersalah..


Mungkin kerana terlalu lama memendam rasa akhirnya aku membuat kerja yg agak bodoh jugak..tp x la sgt...ntah la..ok je kot..ada la skt..huhu...walaupun x berbaloi dgn apa yg dihabiskan tp at least aku sedikit tenang dan puas hti...dan akhirnya semua kembali seperti biasa..alhamdulillah..tp akan dtg aku x tau la..


Aku sentiasa berdoa agar aku diberi kekuatan utk m'hadapinya..tp ntah sampi bila..jhat ke aku??aku rasa aku dh cuba utk jd yg terbaik...tp????ermmm..teruskan berdoa ye jijah...


Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.


Sabar dan tabah la ye jijah...insyaallah..Ingat anda insan yg terpilih utk lalui seme ni k..insyaallah ada ganjaran dn hikmahnya...


Selamat Hari Raya Aidilfitri...ermmm..hari ni masuk raya ke2...tp x tau knapa hati ni cam sedih je..byk sbb sebenarnya,,sabarla ye Azizah..jgn sedih2 raya ni...insyaallah..aku cuba..


Manusia susah nk menghargai...ttp mahu dihargai...


Esok nk g beraya ngan kwn2..fairuz,yati,ayub,atun,liza,sue dll...nk p cini n keratong...ingat lg tahun lpas..rasa cam bru lg..cepat bnar masa berlalu...Dunia akhir zaman agaknya...putaran masa m'jd lju..


ermmm...x mampu rasanya...Kuatkan hatiku Ya Allah..


sejuta maaf....


Aku hanya insan lemah..yg hanya berserah resah dan rasa gelisah..


kala sunyi ku membicara..membuai daku yg terlena..hingga x dapat ku menolak kehendakNya...


Pape la aku ngarut ni...huhuhuhu...


Semoga hari esok lebih baik dr hari ni...ku menantikan esokkkkkk......


k..salammm


Pertama sekali syukur alhamdulillah, akhirnya beberapa perkara yg aku niatkan untuk lakukan akhirnya terlaksana...yup..untuk berubah bukan mudah..perlukan kekuatan yg kuat..dan tidak aku mampu melakukannya melainkan berkat dr pertolonganNya..Syukur Ya Allah...Semoga aku istiqamah dalam melakukannya...Syukur juga atas rezeki yg Dia kurniakan pdku tuk bulan ni..Semoga diberkati...


Ramadhan tahun ni hampir berakhir..namun Ramadhan kali ni byk meninggalkan kesan dlm hidup aku..alhamdulillah...rasa takut jugak klu x dpt berjumpa Ramadhan tahun depan..Tp harapnya masih diberi kesempatan..Banyak lg yg perlu aku perbaiki..Terlalu banyak kekurangan dlm diri ini..Bukan untuk menjadi sempurna sbb aku tahu yg sempurna hanya Dia..Aku hanya insan lemah yg hanya seringkali melakukan kekhilafan..Semoga sentiasa diberi keampunan olehNya atas kesilapan aku dan sekalian hambaNya..


Kemunculan dia scara tiba2 mungkin satu ujian buat aku..tidak semudahnya aku akan menerima dia kembali..aku harus belajar dr kesilapan..Semoga aku diberi kekuatan..Namun apa yg berlaku jika diluar perancanganku, maka itu lah yg terbaik untukku..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...Pelaksanaan Allah itu lebih hebat dr perancangan manusia..


Segala apa yg berlaku pd diriku menambahkan lagi rasa cintaku padaNya...Betapa aku bersyukur menjadi hambaNya..Ya Allah semoga segala ujian sama ada susah atau senang yg kau berikan padaku akan lebih mendekatkan diriku denganMu...amin