Sepi benar senja ini

Bayunya semilir menganak ombak kecil

jalur ufuk pula mengemas terang

Kapal dan layar terkapar


Mengapa nantikan senja

Barukan terdetik pulang ke pangkal jalan

Gusar malam menghampiri

Ku tewas di lautan


Tuhan...

Layarkan ku ke arah cintaMu

Tuntuniku menggapai redhaMU

Rimbunan kasihMu ku berteduh

KepadaMu ya TUhan


Berikan secebis keinsafan

Bekalan sepanjang perjalanan

Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangis ku kala dinihari

Kesempatan yang hanya sebentar

Moga keikhlasan ku terlakar


Berikan lah ku hidayah

Agar dikuatkan iman yang lemah

Moga diberkati hidup ini

Menuju bahagia yang kekal abadi


Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku belayar......






Ni adalah 1 lagi lagu nasyid yg aku suka sgt dengar...Layar Keinsafan dr Kumpulan Mestica...


Lagu yang mampu memberi keinsafan kpd aku klu mendengarnya..


Tidak dinafikan kita sebagai hambaNya yg lemah sentiasa tidak terlepas dari melakukan dosa..sama ada yg kita sedari atau tidak...apa yang penting, setelah kita sedar dr kesilapan (dosa) yg kita buat tu..cepat2 la kita mintak ampun pd Allah..Sesungguhnya Dia Maha Pemurah,Maha Pengampun dan Maha Pengasihani...


Hari ni aku baca artikel 'Bila Pencipta mencintai Manusia'..Artikel ni mmg best..nanti aku cite la..


Berbalik kpd cerita artikel di atas...aku nk buat ulasan sikitla tentang apa yg aku paham...syahdu rasa bila baca artikel ni..sbb kdg2 kita x sedar betapa Allah sentiasa memberi peluang dan menunggu hambaNya yang berdosa utk kembali kepadaNya..

Rasulullah saw bersabda: Tuhan kita turun ke langit dunia pd waktu malam tatkala tiba satu pertiga malam yg akhirnya berfirman ' Siapa yg berdoa kpdKu nescaya Aku terima, Siapa yg meminta kpdKu nescaya Aku beri dan siapa yg meminta ampun nescaya Aku ampuni' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..

betapa Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya utk kembali kpdNya.menangguhkan seksa dan sentiasa menunggu bila hambaNya itu mahu membersihkan diri..sesungguhnya Allah Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Pengampun...


Dalam artikel ni ada 3 tanda bagaimana Allah mencintai manusia

1) Apabila seseorg itu berminat pd ibadat-x was2 sama ada ibadat die diterima or x..die sentiasa nk buat ibadah

2) Apabila maksiat membuatkan manusia bangkit mendekati Allah...kadangkala dosa itu mendatangkan manfaat kerana apabila timbul rasa insaf manusia itu akan bertaubat dan hidayah yang diterima itu akan dipegang sekuat2 nya...Sungguh hidayah itu milik Allah..amat mahal dan x ternilai harganya..maka sgt bertuah sesiapa yg dipilih Allah utk memiliki hidayah tersebut...huhu

Firman Allah bermaksud " Katakanlah Wahai hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya.. sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan kembalilah kpd Tuhanmu dan berserah diri kepadaNya sblum datang azab kpdmu, kemudian kamu x dpt ditolong lagi" (Surah Al-Zumar ayat 53-54)

3) Apabila dilapangkan hati dan dada menerima ilmu yg m'jd petunjuk ke jalan yg benar..

baginda Rasulullah saw bersabda " Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatkannya faham mengenai agama: (Hadis riwayat AlBukhari dan Muslim)

Ya Allah semoga diriku sentiasa tergolong dalam golongan hambaMu yg Engkau cintai..Mulai saat ini(2,3 menjak dh pun) aku berazam nak mencari cinta Allah..selama ni aku leka..lalai..sibuk dgn dunia..mencari cinta manusia yg selalu mengecewakan..Ya..aku yakin cinta Allah itu x akan mengecewakan..cukupla apa yg telah aku lalui selama ini...ku serahkan cintaku ini hanya padamu Ya Allah...kekalkan la perasaan ini hanya untukMu..Biarkan hatiku menjadi milikMu selama-lamanya...amin
SUTERA KASIH-INTEM
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulan dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan padaMu ada kedamaian
DiribaanMu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
CintaMu cinta tulus suci murni
KasihMu nan abadi
Bertautlah
Bercambahla cinta
Mengharum dalam jiwa
Meleraikan kerinduan syahdu
Pada yg Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Doa dan titis air mata
mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya


Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya.""Apa hikmahnya Tok?""Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya."Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. "Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan."Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu."Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."


Pengajaran:Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah.



Original copy - iluvislam.com

Dah lama x tulis dlm blog rasanya...hari ni, just nak menyanyi je lah...melalui lagu pun boleh meluahkan perasaan.....huhuhu

Perasaan 1:

DILEMA CINTA -UNGU

Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku
Begitu menusukku
Ini kah Caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua
Yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan
Yang mampu membuatku begitu terluka...

Namun ku terlanjur mencinta dirimu
Terlambat bagiku
Pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku cuba segala cara
Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkanku tuk disisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hinggaku tak kuasa
Meyakini hatiku bahawa ku mampu berlalu.....

MELAWAN KESEPIAN -SITI NURHALIZA

Apa pun yang terjadi
Berjalan lah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijak nya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yng bererti

Semoga kepergiaanmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lawan kesepiaanku


PELAMIN ANGANKU MUSNAH-AZIE

Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidipmu
Akan lebih lebih bermakna
Dan aku isah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Sewaktu hari persandinganmu

Apakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaan ku
Selama ini

Masih terdengar janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Hingga sanggup aku singkir cinta yang lain
Kuangankan pelamin indah
Untuk kta berdua singgah
Sayangnya semua musnah

Kau buat malam ku jadi gerhana
Harian hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya
Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu oh kasih
Akhirnya aku sendiri tersisih
Bisa sungguh luka ini walau tak berdarah...

Ermmm....walaupun aku menulis lagu ini seakan2 jiwaku lemah..namun hakikatnya tidak..aku sudah boleh menerima kenyataan itu..'Jika kau kasih lepaskan ia, Jika dia kembali..Dia milikmu abadi'...Jika kita benar2 sayangkan seseorang lepaskan lah dia...biarkan dia pergi mencari bahagianya...Lapangkan hati menerima segalanya...Pasti yang lebih baik akan hadir untuk dirimu...

Perasaan 2

BILA HARUS MEMILIH-SITI NURHALIZA

Dulu..kau pernah berjanji pd diriku
Untuk menjaga dan menyayangiku
Itu bererti...sampai akhirnya
Kau meninggalkan ku

Kini..kau ingin kembali pada hatiku
Setelh kau pergi meninggalkan ku
Harus kah hati
Memberi kesempatan dirimu

Haruskah aku percaya
Segala yang kau ucapkan
Kata-kata maafmu
Kata-kata memohon
Untuk kembali kepadaku
Meski cintaku padamu
Lebih dari yang yang kau tahu
Namun mengerti kasih
Tak semudah nya itu
Melupakan yang telah kau lakukan padaku

Beri aku waktu
Untuk memikirkan yang terbaik
Cinta jadi dilema
PERGI ATAU PUN KEMBALI.....


BAHAGIAKAH AKU-Malissa

Bahagaiakah aku
Jika ku menyintamu
Amankah perasaan
Andai aku bersamamu
Tak siapa pun mahu memiliki kaca
Sehingga terluka

Ku ibarat bunga
Mekar dan kan layu
Mengharapkan kasih
SEgar dan mewangi
Bukannya pujian sekadar dibibir saja


Lagu kedua ni x abis...hehe..
Untuk perasaan kedua ni...ermmm...susah btol..klu ada alat boleh mengesan sama ada org tu cakap betul or menipu kan senang...boleh ke nak ubah perasaan tu??kenal as a couple...then kawan bese..then ubah jd couple balik...betul ke die tu???jujurnya aku x percaya...klu aku percaya pun aku rasa dh x boleh nak ubah perasaan kawan itu kpd 'cinta' semula...kecuali dia........................
Ermmmm....susah nk cari lelaki jujur skrg...dan aku rasa mmg die penipu pun...huhuhu.
Tapi aku tak suka lah die sibuk cari2 aku...pergi la..jgn kacau hidup aku..


Sebagai konklusinya...hidup ni mmg susah kita nk duga...bila kita suka kat org..org tu x suka kat kita...bila kita x suka kat org tu..org tu sibuk2 cari kita....entah la...biarlah masa yang menentukan..Yang pasti Allah swt akan beri apa yang kta perlu..bukan apa yg kita nak..so, jgn la mengeluh or rasa kecewa bila kita x dapat apa yg kita nak...Apa or siapa yg hadir dalam hidup kita itu lah yang terbaik utk kita dan anugerah dariNya...

Sekian, wassalam.....hehehehe...daaaaa

ermmmm...hari ni buat kesekian kalinya aku rasa give up dlm profesion keguruan ini..mmg x dinafikan mmg aku dr kecik2 dlu nk sgt jd cikgu..mmg minat..tp x sangka begitu hebatnya cabaran guru skrg....
Dgn kes thun lpas yg melemahkan semangat aku...hari ni skali lg semangat aku sbg cikgu lemah disebabkan bdk2 ni...mungkin gk aku ni ban cikgu yg bagus..tp hakikatnya aku dh cuba...klu nk mengajar tu sng tp nk mendidik manusia ni bukan 1 keje yg mudah...sape kata keje cikgu i senang...dh jd cikgu baru tau..
aku kecewa...sedih..ntah la kat mana silap nye...silap aku ke.....atau dh mmg budaak tu dh mcm tu..nk abaikan die ke??ERMM..ntah...

Tu cite pasal budak...ermmm...skrg cite pasal aku pulak...
ermmm..smnjak dua ni sakit kat 'jantung' (i guess) nii makin kerap pulak dtg..kdg2 risau gak..tp nk g spital cek2 cam mls je..tp harap2 aku x de pape la..tp takt gak...benda kt dalam..
hari ni...pas buat aksesori tuk perbarisan td..tibe2 batuk2 pulak..beria pulak tu...tibe2 je..ni taip ni tgh batuk la ni..mcm2 la..ermmm..harapnye jgn melarat la...amin..
that's all for today...bye...salam

Ermm... ari ni 15 julai 2010..genap la umurku 25 tahun...ermmm
rasa cam dh tua tp muda lg kot..hehehe..byk perkara yg berlaku sepanjang 24 tahun ni..kenangan pahit dan manis..insan yg dtg dan pergi...ermmm
Ramai gak yg wish...tp knapa mesti die...macm x blh buang perasaan benci tu..ntah..ampunkan aku Ya Allah...
Di tahun 25 ni..ada beberapa perkara yg aku azamkan..menutup segala cerita lama..memulakan buku baru..menyimpan kenangan manis dan membuang kenangan pahit...
belajar menerima kenyataan..upss..bukan belajar..tp mmg kna menerima kenyataan..tp btol la walaupun pahit bkn sng gak nk buang..mcm buang sampah kan senang..tp kenangan yg ada dalam kepala ni..x kan nk buang kepala pulak..hahahaha..
Azizah..kau mampu lakukan...tunaikan segala azam yg kau dh buat..aku yakin pd kau...
memetik kata seorg kawan ku.."x semua yg kita nk kita akan dpt"...ermm..mmg btol..jd la org yg redha dan bersyukur ye cik jijah...hehehe
Aku harap di tahun 25 ni bakal mendatangkan yg terbaik utk aku dr semua perkara la..huhu..bab keje..keluarga..jdoh..segalanya lah...hehehe...nk cite pasal jdoh.dulu target kawin mmg la umur 25..tp rasanya x tercapai la kot..tp ada rezeki alhamdulillah..tp ntah la..nk berusaha pun rasa cam membzir masa,tenaga n wang ringgit je..nk tunggu je ke???hahaha..biarla masa yg menentukan...u dun weri about that k..
Tp pape pun..aku pun harapkan yg terbaik utk keluarga dan kwn2 ku jgk...
Aku akan rasa gembira jika aku dpt membahagiakan org2 disekelilingku...ermm....
SEmoga yg indah2 berlaku di usia ku yg ke 25....amin......hehehehe...suke2...smile alwayzz...
daaaaaaaz

Ya Allah.. Peliharalah aku..Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan apa yang ku katakan..Ya Allah..Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa telah ku usahakan apa yang ku katakan..Krna Kau juga menyaksikan Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..Maka dengan itu..Ampunilah aku atas segala kekhilafan..Amin ya Rabbal 'alamin...

Ya Allah...lemahnya rasa diri utk terima kenyataan tu...betul ke???dh sampai masa ke???kenapa???Susahnye nk terima segalanya dengan hati yg terbuka...x sanggup rasa...entahla knapa????

Nak merelakan sahaja...ye..mmg terpaksa merelakan...Ya Allah...berilah kekuatan..x mampu rasanya nk terima kenyataan ni...arhhhhhhh....

Jijah...banyakkan bersabar ka..Insyaallah adalah rahmat yg tersembunyi...x de apa yg boleh dilakukan selain mendoakan yg terbaik utk 'mereka2'....waaaaaaaa!!!!!!!!!

Mungkin aku boleh terima tp x secepat ini...waaaaa!!!!!! rasa nk nangis...sedihnye....

Ya Allah...bantu lah aku utk terima kenyataan ni dgn redha...

Jgn bersedih ye azizah...sabar..tenang...Dia sentiasa bersamamu...

Berpijak di bumi yang nyata...

Jgn terlalu mengikut kata hati..jgn buat keputusan terburu2..fikirkan masa depan..perjalanan masih jauh..Jgn korbankan diri kerana mengikut hati yg hancur...

X de sape yg bersalah dlm hal ni...perjuangan perlu diteruskan..jgn mengalah pd keadaan..bukankah 'kau' pernah berjanji utk tdk menjadi lemah...

Azizah...yakin la pd dirimu...Yakin pd janji Allah...

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Semoga aku tenang menghadapinya...Ya Allah..bantu lah aku..berikan la kekuatan pd hambaMu ini...amin

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 ""...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???
"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...
-original copy@iluvislam.com-

Ermm..hari ni Jumaat-Ahad Jang p KL main bola...so,tinggalla aku ngan mak je..memandangkan takut sunyi jang suh la ambik ma kat IKM...
Kul 5.15 td gerak la dr umah...mak pesan banyak kali..balik cepat sbb mak tinggal sorang..aku pun mmg x de niat nk p mana2..nak ambik ma then trus balik je la...
Dalam kul 5.45 sampai la kat IKM..then ma gtau along suh g umah die..tlg setelkan borang2 die baru masuk IKM..so,pergila kitaorg ke sana..
Sampai kat sana ingatkan die suh tlg tunjuk je..last2 die mintak tlg tuliskan semua borng n surat perjanjian..mmg byk gile..x sampai hati pulak....so tolong la...aku menulis dgn lajunye..sbb risaukan balik lewat..rasa bersalah pulak kat mak sbb dh gtau nk blik cepat..nk tepon umah,tepon umah pulak rosak...risau nye hati ni Tuhan je la yg tahu..kesian lagi kat mak tinggal sorang..
Dalam kul7.05 dh setel seme,kami pun gerak balik la...aku bawa la selaju mungkin...risau la kan..hari pun dh malam...on the way balik hujan turun dgn lebatnye pulak kat area temai-pulau rumput..mmg x brape nmpak jalan..ma yg duk sebelah ni pun risau tgk aku drive...dgn x berapa nampaknye..mmg x leh nk benti...takut lambat..dlm kpala ni fikir mak je...huhuhu..
Alhamdulillah dalam kul 7.40 selamat la kami sampai..tgk mak tgk solat...lpas dh setel 'pengurusan diri' aku, aku pun p jumpa mak..mintak maaf mak lambat balik...nasib baik mak paham..mak x marah pun...huhuhu...time kasih mak...i luv u so much..muaaahhhhh...

Ermmm..malam ni x tau kenapa..rasa mcm rindu je...susah nak cakap...cuba mencari...mencuba...tp akhirnya x jumpa..mungkin Syaitan saje nk menghasut..spya melayan perasaan..sedih..kecewa...atau Allah nk uji aku..aku takkan kalah...kena lawan..berusaha jijah..hehehe...

Tp alhamdulillah..lepas baca artikel kat iluvislam.com...lebih tenang rasa..x perlu melayan perasaan...byk lagi perkara yg lebih baik n berfaedah utk dibuat..

“Allah berfirman “Aku sepertimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Dan Aku akan bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku di dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari”
(Hadis Qudsi Riwayat Bukhari)

Ingat pulak lagu Hijjaz..RINDU...

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

ermmm..balik dari lawatan baru ni mmg agak pnat...tp meninggalkan sedikit sebnyk kenangan la...pak cik driver yg seperti ketua rombongan..hehehe..kesimpulannya kira berjayala lawatan ni..walapun agak kelakar,pelik n penat...mula2 sampai p Pusat Sains Negara..best kat sana..byk tangkap gambar...then p jalan area Taman Tasik Perdana...mmg berjalan sungguh...sgt2 penat..jauh giler jalan nye...balik..terpaksa naik 'bus' dalam tu coz x tau jalan...then p solat kat masjid Negara...p UKM tuk penginapan..tp makanan sampai lambat giler..janji kul 6.30 tp kul 8.30 baru sampai...mlam tu pakcik tu bwk k'org p SOGO..sampai kul 9.30..haha..tp kul 10 SOGO dh ttup...pakcik2...Esoknye nk ready p Perak pulak..Dh la lambat pak cik tu sbk duk basuh bas nye..then boleh pulak tertinggal beg pakaian die..haha..sampai kul2.30 kat TLDM Lumut...dengn x mkn t'harinya..mmg lapar.5.30 balik dr tLDM then p makan...then p UTP..pagi ada slot motivasi..12.30 bergerak balik..lalui jalan genting..tp x singgah pun..hahaha..pakcik bas mmg wat suspen..
Balik dr lawatan mmg sibuk...SMM ada lg yg x setel...so kna la setelkan...dgn kesihatan diriku yg x berapa baik ni...selsema,batuk,sakit kepala...Tp alhamdulillah 1.7 (Khamis) berjaya hantar...2.7 (Jumaat) sibuk ngan merentas desa..minggu ni hot dgn kes koperasi tutup..ntah la..mlas nk komen..tibe2 kna lak setelkan kerja yg ditinggalkan seseorg VIP ni..ermmmm...x pe laa..Sbb sibuk paper pun x sempat nk bace..ni baru ada masa sikit nk menulis kat blog ni..hehe
ermmm..rasa mcm x larat dh...nanti la smbung lg coretanku...hehehehe.....