Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkah ku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan Bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatNya
Mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasihMu oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar
Diuji dengan dugaan
Mengharung dalam harapan
Moga kan kesampaian
Kepada Tuhan
Lantaran diri hamba
Kerdil dan hina
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajar ku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Ni lagu dr Kumpulan UNIC...1st time aku dgr time mula2 join group 'Glory of Soul' (GOS) kat Kolej 2 UPM..ermmm..alangkah seronok klu masa boleh diputar kembali..banyak masa yg dh disiakan pd perkara2 yg x sepatutnya..peluang yg ada aku x rebut..bila dh x de baru terasa menyesal..tp apa boleh buat..as long as aku masih diberi kesedaran..aku bersyukur..Dia masih n tetap sayangkan aku..cuma aku kdg2 lupakan Dia..
Memang ada niat nk buat kat sekolah tp 'persekitaran' mcm x sesuai..aku perlukan sokongan..aku pun sebenarnya x kuat..huhuhu...mmg susah nak buat perubahan...
Pape pun aku betul2 rindukan kwn2 kat upm dulu...naim,chek,nik,noor,k.na,imah,hawa dan yg lain2...huhuhu...rindu saat bersama mereka...Syukur kpd Allah swt kerana aku dikurnikan sahabat2 yg baik2..alhamdulillah..ermmm..Aku doakan Semoga mereka baik2 saja..amin...
k la...stop sini dululah...coz rasa nk nangis je..huhu..
k salam....huhuhu

0 comments:

Post a Comment