ermm...menunggu tp hasil tak seperti yg diharap...sedih jugak..tp apa kan daya..diluar kuasaku
maka terima lah apa yg berlaku..jgn sedih2 ye jijah
nasib selalu tidak menyebelahi..sabar ye jijah...
disebalik kesusahan ada kesenangan..

Tuhan tidak akan pernah mempersia2 ketabahan seorang insan..
Dalam mengharungi arus kehidupan yg penuh ujian....

Takkkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

TErima la kenyataan..walaupun ianya pahit dan tak seperti yg kau harapkan...

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)-:surah Al-Baqarah, ayat 214


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah......

Insyaallah....huhuhuhu

0 comments:

Post a Comment