ERmmm...1 statement telah dikeluarkan dari mulut seorg lelaki yg menyatakan
"Lelaki mmg suka buat perempuan perasan"
Ermmm..bg aku keadaan tersebut x wajar berlaku dan 1 tindakan kejam yg dilakukan pd lelaki terhadap perempuan...telah diketahui umum bahawa hati wanita ini amat lembut...mudah tersentuh..tu mmg perasaan yg dikurniakan oleh Allah terhadap insan yg bernama PEREMPUAN....jadi...siapakah LELAKI itu utk mempermainkan perasaan perempuan????sgt x adil..
Kenape ek..lelaki suka buat perempuan perasan???pe faedahnya??eee...sgt x suka..

perlu ke nk layan perempuan tu dgn baik klu setakat kawan??x perlu k...x perlu nk test power anda..kami kaum perempuan ni pun manusia cam anda (kaum lelaki jugak)..
klu x de perasaan..x yah la layan lebih2..x yah nak caring2..ambik tau mcm2...for what????

Jgn hadir dlm hidup seseorg perempuan klu sekadar nk mainkan hatinya..kesian perempuan tu..perempuan lebih rela lelaki tu x de dlm hidupnya drp lelaki itu hadir ttp utk mainkan perasaan die..sungguh sadis..

Di bawah ni aku lampirkan sebagai selitan(x de kaitan pun ngan tajuk)..huhuhu

Rahsia PEREMPUAN yang LELAKI patut tahu

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

0 comments:

Post a Comment