Ermmm...hari2 yg sedih makin melanda hidup..ntah di mana silapnya aku pun x tau..

Walaupun ramai yg kata aku bertuah sbb dpt__________..tp aku yg mengalami..aku tahu akibatnya serta pahit yg bakal dan telah pun aku rasa..Bertuahkah aku sebenarnya???masih menanti apakah hikmahnya semua ini berlaku...dan aku sebenarnya tahu aku lah insan yg terpilih olehNya utuk melalui semua ni..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)..

Sebab Allah tau aku mampu sebb tu Dia bg aku ujian ni..tp aku hanya insan yg lemah..kdg kala berjaya..kdg kala tewas juga dgn keadaan...rasa x mampu nk hadapi...


Raya ke 3 pencetus keadaan..Raya ke 4 aku pergi membawa diri sebentar..nk cari ketenangan la..jauh jugak la..walau pun seorg..memberanikan diri je la...Apa yg berlaku di raya ke3 walaupun awalnya bermula dgn kegembiraan tp penghujung harinya berakhir dengan air mata...x mampu ku tahan...begitu sakit rasanya dipersalahkan walaupun hakikatnya aku tidak bersalah..


Mungkin kerana terlalu lama memendam rasa akhirnya aku membuat kerja yg agak bodoh jugak..tp x la sgt...ntah la..ok je kot..ada la skt..huhu...walaupun x berbaloi dgn apa yg dihabiskan tp at least aku sedikit tenang dan puas hti...dan akhirnya semua kembali seperti biasa..alhamdulillah..tp akan dtg aku x tau la..


Aku sentiasa berdoa agar aku diberi kekuatan utk m'hadapinya..tp ntah sampi bila..jhat ke aku??aku rasa aku dh cuba utk jd yg terbaik...tp????ermmm..teruskan berdoa ye jijah...


Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.


Sabar dan tabah la ye jijah...insyaallah..Ingat anda insan yg terpilih utk lalui seme ni k..insyaallah ada ganjaran dn hikmahnya...

0 comments:

Post a Comment