Bila ku di datangi malam
gelora perasaan mencengkam di jiwa..
masihkah ada lagi..
dayaku menghindar dari kealpaan..

Diterjah pelbagai persoalan
Dihujani air mata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa noda yang bertahta

Terangi jalan jalan hidup ku
Dengan cahaya kasihMu
pimpinlah daku dengan hidayahMu..

Tuhanku....
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu..
Sujudku mendambakan keredhaan
tempatkan aku di dalam rahmatMu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu oh Tuhan
Ku sandarkan Harapan...


Ni adalah lagu nasyid yang amat aku suka..tenang sangat bila dengar...dan lagu ni juga mengingatkan aku pada seseorang..mungkin sbb suara para penyanyi nye. Lagu yang boleh menginsafkan & mendekatkan diri aku pada Allah...Tak jemu lansung dengar lagu ni..di awalnya dibacakan penghulu istiqfar..awal2 aku dpt lagu mmg nak sgt hafal tp rasa cam susah..tp pas dengar byk kali akhirnya dpt..alhamdulillah...

Ermm..kadang2 diri ni rasa jauh ngan pencipta..Bila susah..sedih baru ingat kat Dia...
Tapi rasa bahagia bila kita dapat rasa kasih sayang Dia..Aku cuba utk jd manusia yg bersangka baik dan berfikiran positif...

Akhir2 ni aku rasa tenang..setelah pelbagai yg aku lalui..semenjak 2 ni..goyah gak hati ni..hancur luluh..tp alhamdulillah...

Aku bersyukur sgt2..diberi kekuatan..ketenangan..semoga apa yg diperolehi ini berkekalan..Namun jika ada ujian yang melanda..aku harap aku terus tabah dan sbar menghadapinya dengan ada pertolongan dariNya...Aku tidak mahu jd lemah seperti sebelum ini..

Akan datang aku akan sertakan lagi 1 lagu nasyid yg best dan menginsafkan aku...k that's all for today...

Aku rasa bahagia kerana dapat membahagiakan orang disekelilingku...

0 comments:

Post a Comment