Semakin jauh ku dariMu

Semakin dekat pula Kau menghampiri daku

Oh Tuhan yg Maha Pengasih

Siapalah diriku dipandanganMu


Semakin cuba ku dekati

Semakin kuat pula mendugai aku

Oh Tuhan yang Maha Sempurna

Kerdilnya diriku di hadapanMu


Bagaimana kah nantinya

Tika berhadapan denganMu

Sudikah Kau menerima

HambaMu yang hina ini

Ya Allah Kau Maha Pengampun


Dibayangan mentari

Aku kealpaan dusta dunia penuh kepura-puraan

Di kala dinihari aku kepasrahan

Mendamba jernih embun kasih syg Mu oh Tuhan


Andainya dihitung amalanku

Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu

Oh Tuhan yang Maha Pemurah

Hindari diriku dari seksaMu

Oh Tuhan...


Kasih sayangMu Tuhan

Itu yg ku dambakan

Dengan rahmatMu

Ampunilah diriku..



*Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.


Sungguh saat ini...aku terasa sesuatu..terasa jauh...walaupun dulu dekat..Ya Allah..jangan Kau biarkan aku tanpa kasih sayangMu..Ampunkan Aku ya Allah..sesungguhnya hanya Kau yg mengetahui apa yg tersurat dalam hatiku..Ampunilah segala dosa2ku yg aku lakukan tanpa sedar mahupun tidak..Syukur kerana Kau masih memberikan nikmat kesedaran itu kpdku..Aku tahu betapa Kau menyayangiku...Ampunkanku Ya Allah...Aku ingin terus dekat denganMu..Moga masa ini cepat berlalu..agar aku dapat bertemu denganMu..meluahkan segalanya...Ya Allah..berikan lah aku kekuatan untuk melalui waktu yg genting ini..tiada kekuatan pdku melainkan dr pertolonganMu..Berikan lah hidayahMu agar dikuatkan imanku yg lemah ini..Bantulah aku Ya Allah...Aim Ya Rabbal A'lamin...


Wahai Azizah,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai Azizah,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai Azizah,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai Azizah,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai Azizah,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai Azizah,
Bersabarlah…


Original copy from iluvislam.com

Ermmm..ni artikel yg aku baca..kebetulan aku teringatkan seseorg..makin dkat nk raya makin terasa..walaupun sememangnya aku telah menerima kenyataan,tetapi as manusia biasa aku teringat..tp..aku yakin dgn janji Allah...cintai la Dia..pasti aku akan berjumpa dgn hamba yg juga mencintai Dia..serahkan cinta kpd pemilik yg sebenar..hanya Dia..Azizah...jgn byk teringat sgt..elok..pape pun dh sebulan lebih ni..kira agak berjaya jugak..teruskan usaha ye cik jijah..sikit2 lama jd bukit...semoga usaha yg baik diberkati..amin...


ermmm..ari ni penat la..pg2 sampai sekolah..cikgu medan terus mintak data smm..da la x update lg..cite pasal smm ni 1 masalah lg...guru kelas x tulis dalam buku register besar yg baru masuk..x gtau jugak bdk yg keluar or yg baru masuk...mana la aku tau sape2 yg masuk n kuar...ermmm..x pe2...aku try la sebaik mungkin..pape pun aku kna pastikan keje aku setel..pnat pun x pe la...huhu..teruskan bersabar n buat la keje dgn seikhlasnya k jijah...hehehe


Lagi satu pnat hari ni sbb duk ngakat budak sakit..ermm..bdk2 ni mcm2 la..smlm bengkak mata kna lastik getah tu..ermmm..dengan mesy lg..


Ermmm..ari ni x masak..suh jang beli je..4 hari dh masak..rhat jap..setelah kerabu udang menjadi sabtu lalu,semangat memasak berkobar2..tu yg rajin..tp ari ni cm pnat kan...so,rhat je la..


esok ptg ready nk buat eksperiment pulak...3-5pm..rajin nya cikgu jijah ni..x pe2..tuk bdk2 kan...harap esok aku sihat la..jgn jd cam minggu lpas..tp klu Allah kata 'Kun Faya kun'..maka ttp jd..x pe..aku berdoa je la..selebihnya serah pdNya...

Hati makin tiada....itu yg lebih baik rasanya..tuk masa ni kekalkan ye jijah..not important at this moment..Cukupla perasaan itu aku letakkan pd yg selayaknya dan yg sepatutnya..hanya Dia..Semoga kasihNya sentiasa bersamaku.....amin

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkah ku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan Bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatNya
Mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasihMu oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar
Diuji dengan dugaan
Mengharung dalam harapan
Moga kan kesampaian
Kepada Tuhan
Lantaran diri hamba
Kerdil dan hina
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajar ku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Ni lagu dr Kumpulan UNIC...1st time aku dgr time mula2 join group 'Glory of Soul' (GOS) kat Kolej 2 UPM..ermmm..alangkah seronok klu masa boleh diputar kembali..banyak masa yg dh disiakan pd perkara2 yg x sepatutnya..peluang yg ada aku x rebut..bila dh x de baru terasa menyesal..tp apa boleh buat..as long as aku masih diberi kesedaran..aku bersyukur..Dia masih n tetap sayangkan aku..cuma aku kdg2 lupakan Dia..
Memang ada niat nk buat kat sekolah tp 'persekitaran' mcm x sesuai..aku perlukan sokongan..aku pun sebenarnya x kuat..huhuhu...mmg susah nak buat perubahan...
Pape pun aku betul2 rindukan kwn2 kat upm dulu...naim,chek,nik,noor,k.na,imah,hawa dan yg lain2...huhuhu...rindu saat bersama mereka...Syukur kpd Allah swt kerana aku dikurnikan sahabat2 yg baik2..alhamdulillah..ermmm..Aku doakan Semoga mereka baik2 saja..amin...
k la...stop sini dululah...coz rasa nk nangis je..huhu..
k salam....huhuhu

salam..hari ni 1 day puasa...alhamdulillah...start mulanya 1 ramadhan rasanya ok la...hehehe(paham2 sendiri la)bagus jijah..tahniah dan teruskan usaha..papepun diharapkan puasa tahun ni lebih baik drp tahun lpas...insyaallah...klu ditanam azam yg kuat..insyaallah..berusahalah tuk top up pahala yg x brapa ada...

2,3 menjak sblm pose ni agak sibuk aku dgn aktiviti..program..mesyuarat..mcm2 la...sgt2 penat2..asyik balik lewat je..mmg sgt terasa bdn sgt letih..huhu..tp x pe la..dh lepas kan...so alhamdulillah...

kat sekolah ri ni..cam bese..tekanan diberikan oleh pelajar..x tau cara dh camne nk buat..truk sgt kot aku ni...wallahhua'alam..tp aku yakin Allah swt lebih tau apa yg terbaik tuk aku....redha..

Time pose ni jugak x lpas drp mengingati seseorg...ermmm...walaupun benda dh lpas..tp x salah nk kenang kenangan yg manis..pape pun aku doakan semoga die menjalani ibadah puasa dgn baik..

ermmm...x de ape nk tulis dh...sbb nk tido..hehehe..jap lg bangun nk g bazar..cari makanan tuk bukak pose..so..that's all..nanti cite lg k...salam......zaaaasssssss